Terengganu

TERENGGANU

                                         

Terengganu Darul Iman (Jawi: ترڠݢانو دار الإيمان) atau nama pendeknya Terengganu ialah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50 (lihat peta). Di bahagian utara dan barat lautnya, Terengganu bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat dayanya pula, Terengganu bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2.

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Terengganu

PULAU LANG TENGAH

                                           

Pulau Lang Tengah ini agak kurang terkenal jika dibandingkan dengan 2 buah pulau yang menjadi ‘pengapitnya’ iaitu Pulau Perhentian dan Pulau Redang.

Tapi sebenarnya panorama yang dipersembahkan di pulau ini tidak kurang hebatnya dengan pulau-pulau yang lain. Pemandangan di sekitar perairannya memiliki keindahan bertaraf dunia di mana hidupan marinnya cukup menarik untuk diteroka untuk anda yang pandai menyelam skuba atau bersnorkeling.

https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-terengganu/

                                MUZIUM NEGERI TERENGGANU

                                    

Siapa yang tidak kenal dengan muzium yang gah dan cantik ini yang juga merupakan muzium terbesar di Asia Tenggara. Terdapat banyak galeri dan bilik pameran yang menceritakan pelbagai informasi tentang sejarah, kesenian & budaya orang Terengganu. Pasti yang akan paling mencuri tumpuan anda adalah kecantikan senibina muzium ini sendiri yang sangat unik dan besar. Jika dilihat pada saiz bumbungnya dan bangunannya anda pasti terasa seperti orang kerdil yang memasuki Istana Lama Melayu yang dihuni oleh orang gergasi.

https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-di-terengganu/

PANTAI BATU BURUK

 


Kalau anda menginap di hotel dalam Bandar KT, pantai yang terdekat yang boleh anda datang untuk bersiar-siar di waktu petang ialah di Pantai Batu Buruk. Pantai ini memang sangat popular di kalangan warga KT untuk beriadah sama ada untuk makan-makan santai seperti satey ikan/ ikan celup tepung/ keropok, bersiar di pesisiran pantai, bawa anak ke taman permainan, menikmati keindahan pemandangan atau menaiki kuda.

https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-kuala-terengganu/

PULAU PERHENTIAN



Pulau Perhentian terletak 21km dari pantai Terengganu dan merupakan tempat percutian yang terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Terdiri daripada 2 pulau, Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil, kedua-dua pulau ini memiliki pantai yang indah dan laut yang biru. Datang ke sini dan lihat kehidupan marin yang kaya seperti yang belum pernah anda alami sebelumnya.

https://www.trixoli.com/ms-my/tarikan/malaysia/terengganu/

PANTAI TELUK KETAPANG


Sekiranya anda sukakan ketenangan dan kenikmatan, Pantai Teluk Ketapang ini merupakan salah satu tempat menarik untuk family day di Terengganu. Banyak aktiviti riadah yang boleh anda lakukan seperti bermain layang-layang, berkelah, bermandi-manda dan menikmati makanan seafood yang menarik di sini.

Terdapat banyak gerai atau restoran di sekitar pantai ini seperti Firdaus Seafood Corner, Hj Pok Long dan lain-lain lagi yang boleh anda cuba masakannya.

https://ammboi.my/tempat-menarik-untuk-family-day-di-terengganu/



Ulasan

Catat Ulasan