Melaka




 Negeri Melaka (Jawiملاک) atau juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah) ialah sebuah negeri di Malaysia terletak di barat Semenanjung Malaysia menghadap Selat Melaka di barat bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di tenggara.[15] Ia negeri keempat terkecil di Malaysia, negeri berpendudukan kedua terkecil di Malaysia dan negeri ke-4 terpadat penduduk di Malaysia. Ibu negerinya Bandaraya Melaka.

Sumber :http://www.melaka.gov.my/

1. Menara Taming Sari Melaka


 Dari puncak menara yang setinggi 80 meter ini anda dapat melihat majoriti tempat menarik di Bandar Hilir Melaka yang berdekatan seperti Muzium Samudera, Dataran Pahlawan, Gereja St Paul, Pulau Melaka, Masjid Pulau Selat dan sebagainya. Waktu paling menarik untuk mencuba aktiviti ini adalah pada waktu petang kerana anda akan berpeluang melihat keindahan panorama matahari terbenam. Pada waktu malam pula, anda boleh melihat keindahan neon warna-warni yang menghiasi di sekitar Bandar Melaka.

Tempoh perjalanan menaiki Menara Taming Sari Melaka ini tidaklah terlalu lama sekitar 7-8 minit sahaja & dalam tempoh tersebut, anda akan berputar 360 darjah sebanyak 2-3 kali. Walaupun sekejap, tetapi pengalaman sebegini memang sangat berharga untuk anda nikmati bersama keluarga ketika bercuti di Melaka kelak. 

Sumber: https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-melaka/

2. Muzium Kapal Selam Melaka


Salah satu muzium di Melaka yang pasti membuatkan pengunjur tidak sabar untuk terokai. Kapal selam yang terletak di Pantai Klebang & bersaiz mega ini dibina pada tahun 1979. Setelah tamat beroperasi kini ianya dijadikan sebuah muzium untuk lawatan orang ramai. Sebaik sampai di lokasi setiap pengunjung semestinya akan kagum dengan saiznya yang mempunyai panjang sehingga 70 meter.

Di bawah kapal selam ini pula, terdapat ruangan yang memaparkan video & infografik berkenaan spesifikasi kapal selam ini serta sejarah pembinaanya. Saiz laluannya sebenarnya agak sempit. Malah sebaik berada di dalam kapal selam ini, tiada ruang langsung untuk anda berselisih dengan orang hadapan. Tempoh untuk anda melihat keseluruhan bahagian dalam kapal ini mungkin sekitar 4-5 minit sahaja & itupun kalau tidak sesak dengan pengunjung.

3.Masjid Selat Melaka


Setiap negeri di Malaysia, kebanyakannya mempunyai masjid ikonik yang menjadi tumpuan para pelancong untuk melihat keunikannya terutamanya yang berkonsepkan ‘masjid terapung’. Bukan sahaja di Terengganu, Perlis, Sabah, Penang & Selangor sahaja yang mempunyai ‘masjid terapung’, di Melaka juga ada destinasi menarik untuk anda melihat masjid terapung yang terletak di Pulau Melaka.

Sekiranya anda bercuti di Bandar Hilir Melaka, bolehlah singgah solat & melihat keindahan masjid ini yang terletak di atas Selat Melaka. Masjid Selat Melaka ini tidaklah terlalu besar seperti Masjid Negara yang boleh memuatkan ribuan jemaah. Masjid ini mempunyai satu kubah utama berwarna keemasan & ruangan solat yang boleh memuatkan sekitar 500 jemaah sahaja.

4.Kota A’Famosa (Pintu Gerbang Santiago)


Percutian di Melaka anda boleh dikatakan belum lengkap sepenuhnya sekiranya tidak berswafoto & melawat destinasi ini. Kubu A Famosa yang berusia lebih 500 tahun ini merupakan satu mercu tanda di Melaka yang sangat ikonik sejak zaman berzaman. Malah, kebanyakan poskad Negeri Melaka pasti akan menggunakan kubu ini sebagai hiasan gambar utama. Secara tepatnya, pintu kubu ini dinamakan Porto De Santiago atau nama Melayunya, Pintu Gerbang Santiago. Tahukah anda, Pintu Gerbang Santiago ini merupakan binaan Eropah tertua yang masih kekal di Asia.

Ringkasannya, binaan gerbang usang ini merupakan sebahagian daripada kubu pertahanan yang dibina ketika zaman penjajahan Portugis pada 1511 untuk melawan penentangan penduduk Melaka ketika itu. Terdapat juga beberapa laras meriam di sekitar kubu ini yang menghiasi landskap sekelilingnya.

Sumber:https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-melaka/

5.Muzium Maritim / Muzium Samudera 


Muzium ini dibina di dalam sebuah replika kapal Portugis bernama Flor de La Mar iaitu sebuah kapal perang yang digunakan dalam serangan ke atas Melaka pada tahun 1511. Kali pertama anda datang ke sini pasti akan teruja dan tertarik. Anda akan menaiki tangga yang dibina di tepi kapal. Dari atas kapal anda akan dapat melihat pemandangan indah sungai Melaka. Disini terdapat tiga ruang yang boleh dilawati iaitu pameran utama dalam kapal, bilik peta dan bilik kapten.

Di dalamnya anda bakal melihat wang dahulu kala, meriam, peti besi, lukisan, replika kapal serta peta-peta yang menceritakan tentang sejarah maritim di Melaka. Anda juga akan diperkenalkan kepada sejarah Panglima Awang (namun dikatakan telah diKristiankan dan menukar nama kepada Enrique) — iaitu orang Melayu pertama yang mengelilingi dunia.

Sumber : https://www.tempatmenarik.my/muzium-maritim-melaka-tempat-bersejarah/


Ulasan