Kuala Lumpur

Kuala Lumpur (Tulisan Jawi: كوالا لمڤور; singkatan: KL) atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandaraya terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 bt2), diduduki 1.796 juta orang mengikut banci tahun 2018. Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang, dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi. (sumber:https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpur)


   
 
MENARA BERKEMBAR PETRONAS

Menara Berkembar Petronas atau biasa dikenali KLCC mempunyai 88 tingkat dengan ketinggian 452 meter. Ianya merupakan menara berkembar tertinggi didunia dengan disambungkan dengan Skybridge di tingkat 41 dan 42 dengan ketinggian 17 meter.(sumber:https://www.hellocuti.com/petronas-twin-tower-promosi-rm28-untuk-skybridge-dan-observation-deck/)

  

PETROSAINS

Petrosains atau Petrosains, The Discovery Centre ialah muzium sains dan teknologi Malaysia terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dalam Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas. Petrosains ditubuhkan pada 25 Mac 1999 menawarkan tempat yang sempurna bagi pengunjung melalui ketakjuban sains dan teknologi. Di sini pengunjung dapat belajar mengenai pembabitan Malaysia alam industri minyak. Ia dimiliki oleh Petrosains Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh konglomerat minyak dan gas Malaysia, Petronas.(sumber:https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Petrosains)

  

TAMAN TASIK TITIWANGSA

Taman Tasik Titiwangsa yang terletak di Jalan Kuantan merupakan sebuah kawasan riadah yang terletak di timur laut Kuala Lumpur, Malaysia. Ia mempunyai sebuah taman di tepi tasik dan mempunyai kemudahan sampan kayuh, kayak, taman permainan kanak-kanak, padang permainan lalu lintas, menunggang kuda dan pancutan air berirama. Terdapat juga gelanggang tenis, kompleks sukan, dewan skuasy dan lain-lain kemudahan sukan.(sumber:https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Taman_Tasik_Titiwangsa)

 
 
TUGU NEGARA

Tugu Negara Lokasinya juga bukannya jauh sangat & hanya terletak berdekatan dengan Taman Rama Rama KL. Tugu Negara merupakan monumen yang sangat ikonik untuk negara kita & juga berfungsi sebagai memorial untuk pahlawan-pahlawan negara yang satu ketika dahulu bersabung nyawa demi mencapai segenggam kemerdekaan.(sumber:https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-kuala-lumpur/)

  

DATARAN MERDEKA

Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor terletak dipusat pentadbiran lama Kuala Lumpur. Pada asalnya ia merupakan padang kriket bagi Kelab Selangor (kini Kelab diraja Selangor). Mengelilingi padang tersebut adalah bangunan bersejarah termasuk Bangunan Kelab Diraja Selangor yang terletak di penjuru padang di mana orang-orang penting Kuala Lumpur sering bertemu, Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Sejarah Kebangsaan, dan Perpustakaan Peringatan yang dibina 1909, kathedral St Mary's Anglican, bangunan stail Gothik yang berusia lebih seratus tahun dan kompleks Dayabumi moden yang menakjubkan.(sumber:https://ms.wikipedia.org/wiki/Dataran_Merdeka)








Ulasan